Pendakian Kanser Everest usaha kumpul dana

Publication: Kosmo
Article Link

KUALA LUMPUR – Lapan rakyat Malaysia akan mengharungi cabaran mendaki Gunung Everest sebagai aktiviti amal khusus untuk mengutip dana RM200,000 bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang tidak berkemampuan membiayai rawatan.

Kumpulan pendaki yang diketuai Datuk Dr. Arunan Selvaraj itu akan memulakan ekspedisi “Pendakian Kanser Everest” pada 28 April ini dan ia dijangka tamat pada 11 atau 12 Mei.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “The Rainbow” itu dianggotai oleh Vemanna Appannah, Subramaniam Gunasegaran, Mike Lim Boon Huat, Prakash Malaiyappan, Silvakumar Ramaiah, Charles Paneer Chelvam dan Kanesh Krishnan.

“Semua kutipan akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi mengurangkan beban pesakit kanser dalam membiayai rawatan mereka,” kata Arunan dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama