=

Iftar Felda D’Saji Sumbang Tabung Makna

Publication: MStar
Article Link

(Ubah saiz teks)
SAMBIL menikmati pelbagai hidangan yang disediakan bufet Ramadan Felda D’Saji,pengunjung berpeluang menyumbang RM1 kepada Tabung Majlis Kanser Malaysia (Makna).
Kerjasama antara Felda D’Saji dengan Makna ini menyasarkan sumbangan paling minumum sebanyak RM25,000.
Langkah ini bagi memberi peluang kepada setiap tetamu menyumbang kepada aktiviti kebajikan pesakit kanser serta program kesedaran orang ramai terhadap pesakit dan penyakit itu.
Lima lokasi untuk individu dan berkumpulan menikmati pakej resipi tradisional adalah, Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab pada harga RM85 seorang berkonsepkan juadah kampung tradisi dan antarabangsa.

Seterusnya Restoran Felda Villa, Jalan Semarak dengan pakej RM69 seorang, berkonsepkan juadah kegemaran ramai dan bazar Ramadan terkenal Lembah Klang, diikuti Menara Kuala Lumpur pada harga RM99++ seorang berkonsepkan gabungan juadah istimewa D’Saji dan antarabangsa bertemankan pemandangan terbaik Kuala Lumpur.
Turut tersenarai adalah D’Saji Kitchen The Strand, Kota Damansara yang menawarkan pakej RM25 seorang berkonsepkan makanan kegemaran Melayu dan disulamkan resipi antarabangsa dan terakhir, D’Saji Makkah, Al-Safwa Tower, bermula dari 3 Saudi Riyal (SR) yang menghidangkan pelbagai juadah Malaysia khas untuk tetamu Allah.
Selain itu, empat lokasi dan pakej korporat serta kemuahan berbuka puasa seperti audio visual, tempat letak kereta, surau dan lain-lain termasuk di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada harga RM60 seorang.

Pakej ini juga ditawarkan di Casa Heliconia, Jalan Maktab (RM60 seorang), Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney (RM70 seorang) dan Menara Kuala Lumpur pada harga RM120 seorang.