AirAsia Jual Kemeja-T Khas Isi Dana MAKNA

Publication: Bernama
Article Link

AirAsia menghasilkan kemeja-T #AirAsiaMAKNA edisi terhad berharga RM30 sehelai bagi mengutip dana untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang rendah itu hari ini, kemeja-T berkenaan direka dan dihasilkan sendiri kakitangannya dan kesemua hasil jualan itu akan disalurkan terus kepada MAKNA.

Kemeja-T berkenaan akan dijual di beberapa lokasi seperti di Bazaar BeachMarket, Kuantan pada 8-10 Mei ini; acara Graduan Aspire 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (9-10 Mei) dan Kampus Lakeside Taylor’s University di Subang Jaya, Selangor pada 13 Mei.

Ia akan turut dijual di AirAsia Travel Fair 2015 di pusat beli-belah Gurney Paragon, Pulau Pinang pada 16-17 Mei dan acara sama di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 29-31 Mei.