AIRASIA BERJAYA KUMPULKAN RM120,945.64 UNTUK MAJLIS KANSER NASIONAL | CAMPAIGN #AIRASIAMAKNA

Pada 18th October, Iday and Islam menghadiri majlis penyerahan cek antara AirAsia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang bertempat di Fahrenheit88. AirAsia berjaya mengumpulkan RM120 945.64 melalui kempen amal mereka iaitu #AirAsiaMAKNA yang berlangsung selama 5 bulan.

Banyak kan dana terkumpul semasa kempen #AirAsiaMakna? Tahniah AirAsia :)

Kalau nak tahu, dana yang terkumpul ni menerusi kempen #AirAsiaMAKNA di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA.

“Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami.
Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan” – Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad

Sebenarnya memang betul, Iday baru je dengar talk tentang breast cancer. Kebanyakan mereka yang menghidap kanser memerlukan support bukan dari segi kewangan tapi dari segi moral.

MAKNA pula ditubuhkan dengan tujuan mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.

Menurut Aireen Omar lagi, MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka.

Sepanjang kempen ini, AirAsia telah mengadakan 1 instagram contest dimana, sesiapa yang membeli Baju edisi-T #AirAsiaMAKNA hendaklah memuat naik gambar kreatif dengan memakai baju edisi-T tersebut dengan hashtag #AirAsiaMakna berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke Maldives atau Sapporo! Gila kentang! :)