#Movember Selepas 2 bulan, penyampai Astro AWANI akhirnya bercukur

Article Link


KUALA LUMPUR : Selepas dua bulan berjambang, penyampai Astro AWANI Syah Hairizal akhirnya bercukur dalam satu acara kemuncak yang dilakukan secara beramai-ramai hari ini.

Syah meyimpan misai dan janggut untuk tempoh dua bulan bagi menyatakan sokongan kami kepada kempen #Movember anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Kempen itu dilancarkan bagi memberikan kesedaran tetang kanser prostat dan kanser testis untuk meraih dana.

Acara kemuncak kempen tiga bulan “Movember-The Ultimate Shave off’ berlangsung pagi ini, di Great Eastern Mall di Ampang.

Menurut MAKNA, pelancaran kempen ini berjaya membawa objektifnya malah dana yang besar juga telah diperolehi menerusi kempen Movember ini.

Difahamkan, MAKNA berjaya meraih dana sebanyak RM180,000 sementara ketua kumpulan sukarelawan Rainbow, Dato’Dr Arunan berjaya memungut dana sebanyak RM 20,000 yang membawa kepada jumlah kutipan sebanyak RM200,000.

Lebih membanggakan, jumlah kutipan yang diperolehi menerusi kempen ini telah membatasi sasaran mereka iaitu sebanyak RM 130,000.

“Ia sungguh menggembirakan untuk melihat tahap sokongan yang diberi oleh semua lapisan masyarakat sejak dari mula lagi.

“Usaha kerjasama selebriti, artis, orang ramai, ahli korporat, dan juga bekas pesakit kanser yang telah menyumbangkan kreativiti serta masa mereka telah menjayakan kempen ini.” Kata Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid.

Selain Syah, kempen ini turut menerima sokongan daripada RJ MIX FM, Rod Monteiro, Celebrity chef, Micheal Imran, RJ Minnal FM, Theivegan dan Pengarah Eksekutif Blublack Productions, Sha’arin Razali.

Peserta-peserta kempen ini telah dicukur oleh Truefitt & Hill, yang merupakan penaja rasmi bagi kempen kesedaran ini.

Datuk Dr Arunan juga mengucapkan terima kasih kepada penjana mereka yang telah menghulurkan sokongan untuk menjayakan kempen ini.

“Tanpa sokongan dan sumbangan mereka, kempen ini sudah pasti tidak akan kejayaan,” kata Dr Arunan.

Antara penaja mereka ialah Truefitt & Hill, Golden Screen Cinema Sdn Bhd, MIX FM, Great Eastern Mall serta Ducati Club Malaysia.
Kempen Movember dimulakan di Australia pada 1999 bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan lelaki termasuk kanser prostat.

Di Malaysia, beberapa pertubuhan dan individu sudah menyokong kempen ini atas inisiatif mereka sendiri.