Trans De’ Johor Semarakkan Semangat Patriotik, Beri Penerangan Mengenai Kanser

Source: Bernama Publication: Borneo Post Online
Article Link

JOHOR BAHARU, 21 Ogos (Bernama) — Program Kayuhan Anak Merdeka atau Trans De’ Johor bakal memberi penerangan mengenai kanser, selain menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, Ahad depan.

Pengarah Projek Mohamed Khairi Mohamed Shakif berkata kayuhan sejauh 614 kilometer itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Majlis Belia dan Sukan Johor dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

“Sebanyak 30 peserta terdiri daripada penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan ahli kelab berbasikal sekitar bandaraya ini bakal menyertai program yang bertemakan ‘Hidup Sihat Tanpa Kanser’,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan peserta di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, Khamis.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan.

Mohamed Khairi berkata program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana UTM itu adalah bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser menerusi sumbangan kepada tabung MAKNA selain menyemarakkan semangat patriotik sempena kemerdekaan negara ke-57.


“Kayuhan yang bermula hari ini hingga 30 Ogos adalah kesinambungan program Trans 1 Malaysia yang diadakan pada Ogos tahun lalu. Peserta akan berbasikal mengelilingi Johor sambil mengibarkan jalur gemilang dan mengedarkan tabung derma di setiap hentian,” katanya.

Mohamed Khairi berkata, program berkenaan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti kayuhan berbasikal sebaliknya akan diselang-selikan dengan karnival serta khidmat masyarakat di kawasan terpilih.

Peserta kayuhan akan melalui sekitar daerah Batu Pahat, Bandar Maharani di Muar, Kolej Matrikulasi Johor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Kampung Bentong Kluang, Politeknik Mersing dan Savannah Hill Ulu Tiram.

Antara aktiviti sampingan yang akan diadakan sepanjang program itu termasuk larian kemerdekaan dan gotong-royong membersihkan kubur, masjid serta pantai.

Selain itu, peserta akan singgah ke sekolah untuk mengadakan kem pendidikan bagi mengeratkan hubungan dan mendedahkan para pelajar mengenai kehidupan di universiti.

Makna Anjur Acara Larian Untuk Kumpul Dana

Source: Bernama; Publication: Sinar Harian, My News Hub, Siakap Keli
Article Link

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara larian anjuran Majlis Kanser Nasional (Makna) pada 1 November ini bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser.

Presiden dan Pengasas Makna, Datuk Mohd Farid Ariffin berkata acara ‘Makna Founder’s Night Run 2014′ yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-20 penubuhan badan itu akan diadakan di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.

Beliau berkata, para peserta akan dilepaskan untuk memulakan larian pada pukul 8 malam.

“Untuk memeriahkan acara, orang ramai juga digalakkan menyertai program ‘Jom Botak’ yang memerlukan mereka membotakkan kepala mereka bagi memberi sokongan kepada pesakit kanser yang mengalami keguguran rambut ketika menjalni rawatan kemoterapi.

“Ia juga bertujuan memecahkan rekod sedia ada Malaysia Book of Records iaitu sebanyak 367 orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Farid juga berkata, Makna akan menganjurkan acara larian ‘Cabaran Korporat’ untuk warga korporat yang pendaftarannya sudah bermula dan maklumat lanjut boleh diperoleh di www.maknafoundersrun.org.

Majlis Lebaran Kasih Yayasan Felda 2014

Publication: Yayasan Felda
Article Link

Yayasan Felda telah mengadakan Majlis Lebaran Kasih Yayasan Felda pada 14 Ogos 2014 di Casa Heliconia, Felda D’Saji.
Lebih 5000 tetamu telah menghadiri majlis tersebut. Diantaranya para petugas FELDA dan anak-anak syarikat kumpulannya termasuk FELDA Global Ventures, tetamu-tetamu kenamaan serta rakan-rakan media. Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Y. Bhg. Dato’ Sri Dr. Emel Faizal Dato’ Mohd Mokhtar bersama para petugas Yayasan Felda menjadi hos majlis dengan melayani tetamu yang datang. Beliau ternyata gembira dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang. Kehadiran tetamu dari Kumpulan FELDA dan luar FELDA menunjukkan sokongan mereka kepada Yayasan Felda sebagai badan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan CSR kepada masyarakat FELDA dan warganegara Malaysia.

Di antara dif-dif utama yang hadir ialah YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Y. Bhg. Dato’ Omar Salim, Unit Kawal Selia FELDA; Y. Bhg. Dato’ Khairil Anuar Aziz, COO Felda Global Ventures (FGV); Tuan Haji Khairudin Haji Mohamed, Pengarah Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri, Pengarah-pengarah FELDA, Ketua-ketua Eksekutif Syarikat Kumpulan FELDA serta semua Kakitangan FELDA dan Kumpulan FELDA. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran tiga Datuk Undang iaitu ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Mandika Menteri Akhiru Zaman Dato’ Haji Bin Wahab, Datuk Undang Luak Jelebu; Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj. Mohamad Sharif Bin Hj. Othman, Datuk Undang Luak Rembau; Duli Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Hj. Mohd Jan Bin Abd Ghani, Datuk Undang Luak Johol dan Yang Teramat Mulia Dato’ Baginda Tan Mas Luak Johol Dato’ Muhammad Bin Hj. Abdullah.

YB Dato’ Razali Ibrahim di dalam ucapan ringkasnya mengucapkan tahniah kepada Pengurusan Yayasan Felda yang telah berjaya mengadakan Majlis Lebaran Kasih Yayasan Felda. Kehadiran tetamu dari Kumpulan FELDA serta luar FELDA menggambarkan kerjasama yang erat telah terjalin sesama FELDA dan luar FELDA. Yayasan Felda berjaya menjadi jambatan yang menjalinkan kerjasama dari pelbagai peringkat di Kumpulan FELDA serta masyarakat di sekitar dan luar FELDA. Keseragaman pada semua pegawai dan kakitangan pula membuktikan semangat berpasukan yang dimiliki oleh Yayasan Felda bagi melaksanakan tugasan masing-masing.

Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mantan Pengerusi FELDA dan Pengerusi Yayasan Felda iaitu Yang Mulia RM Alias, bekas-bekas Pengurus Besar Yayasan Felda iaitu Encik Hamdan Husin dan Encik Zalfan Mohd Rashid serta bekas-bekas kakitangan Yayasan Felda.

Di majlis ini, artis-artis Veteran juga turut bersama-sama secara sukarela telah hadir dan menghiburkan para hadirin. Sebagai rakan kerjasama Yayasan Felda di dalam majlis yang diadakan sebelum ini mereka sama-sama terlibat di dalam majlis. Turut hadir Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia iaitu Puan Kismah Johar, Dato’ Jefri Din, Dato’ Mustafa Maarof, Dato’ Jalil Hamid serta ramai lagi artis veteran yang turut sama hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut.

Gelagat pengacara majlis iaitu pelakon dan pelawak, Abon dan Zam Zailan yang dibantu oleh Encik Kasim Yusof dari Gayo Teknologi turut mencuit hati hadirin. Ikatan Seni Anak Felda (ISKAF) juga turut terlibat dalam memeriahkan majlis dengan menyumbangkan lagu-lagu nasyid dan ghazal.

Selain daripada pelbagai jenis hidangan oleh Felda D’Saji seperti Nasi Beriani, Nasi Impit, Sate, Lemang, Rendang, Kambing Bakar serta kuih-muih tetamu turut dihidangkan juga Apam Balik, Cucur Pisang dan Ikan Bilis serta Cendol yang ditempah khas.
Menurut Y. Bhg. Dato’ Dr. Sri Emel Faizal Dato’ Mohd Mokhtar, rakan kongsi yang telah memberikan kerjasama dengan Yayasan Felda di dalam menjalankan aktiviti ’Kami Prihatin Yayasan Felda’ turut bersama menjayakan majlis. Mereka terdiri daripada BN1M, Kakitangan Vista Prihatin (Pemeriksaan Mata), MCO (Pemeriksaan Kesihatan), MAKNA (Pemeriksaan Saringan Kanser Payu Dara), Yayasan Perdana dan City & Guilds, London.
”Majlis Lebaran Kasih Yayasan Felda ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kakitangan Kumpulan FELDA serta mereka yang mempunyai kaitan secara lansung atau tidak lansung dengan Yayasan Felda dan Kumpulan FELDA secara amnya,” katanya lagi.

MAKNA Founder’s Night Run 2014

Publication: Sinar FM
Article Link

MAKNA Founder’s Night Run 2014 akan diadakan pada 1 November 2014 di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Acara ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan dan menerima bantuan kewangan daripada MAKNA. Pendaftaran/penyertaan untuk larian ini kini boleh dilakukan di www.maknafoundersrun.org. Terdapat lima kategori untuk larian ini dan ia adalah Lelaki & Wanita Terbuka (15 & 10 km), Lelaki & Wanita Veteran (15 & 10 km), Cabaran Korporat (10 km), “Fun Run” dan “Fancyfool Run” (5 km). Acara itu akan bermula sekitar tengah hari dengan satu siri aktiviti yang menarik yang dibuka kepada orang ramai dan peserta. Larian hanya akan bermula dari jam 8.00 petang. Kategori yang berbeza akan dilepaskan pada masa yang berlainan. Anda sekeluarga serta rakan-rakan anda dijemput menyertai acara ini. MAKNA Founder’s Night Run 2014, 1 November 2014, Pusat Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

=

Iftar Felda D’Saji Sumbang Tabung Makna

Publication: MStar
Article Link

(Ubah saiz teks)
SAMBIL menikmati pelbagai hidangan yang disediakan bufet Ramadan Felda D’Saji,pengunjung berpeluang menyumbang RM1 kepada Tabung Majlis Kanser Malaysia (Makna).
Kerjasama antara Felda D’Saji dengan Makna ini menyasarkan sumbangan paling minumum sebanyak RM25,000.
Langkah ini bagi memberi peluang kepada setiap tetamu menyumbang kepada aktiviti kebajikan pesakit kanser serta program kesedaran orang ramai terhadap pesakit dan penyakit itu.
Lima lokasi untuk individu dan berkumpulan menikmati pakej resipi tradisional adalah, Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab pada harga RM85 seorang berkonsepkan juadah kampung tradisi dan antarabangsa.

Seterusnya Restoran Felda Villa, Jalan Semarak dengan pakej RM69 seorang, berkonsepkan juadah kegemaran ramai dan bazar Ramadan terkenal Lembah Klang, diikuti Menara Kuala Lumpur pada harga RM99++ seorang berkonsepkan gabungan juadah istimewa D’Saji dan antarabangsa bertemankan pemandangan terbaik Kuala Lumpur.
Turut tersenarai adalah D’Saji Kitchen The Strand, Kota Damansara yang menawarkan pakej RM25 seorang berkonsepkan makanan kegemaran Melayu dan disulamkan resipi antarabangsa dan terakhir, D’Saji Makkah, Al-Safwa Tower, bermula dari 3 Saudi Riyal (SR) yang menghidangkan pelbagai juadah Malaysia khas untuk tetamu Allah.
Selain itu, empat lokasi dan pakej korporat serta kemuahan berbuka puasa seperti audio visual, tempat letak kereta, surau dan lain-lain termasuk di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada harga RM60 seorang.

Pakej ini juga ditawarkan di Casa Heliconia, Jalan Maktab (RM60 seorang), Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney (RM70 seorang) dan Menara Kuala Lumpur pada harga RM120 seorang.

Setia City’s ‘charitable’ feast

Publication: New Straits Time Online
Article Link

SETIA City Convention Centre is yet again preparing to usher in the holy month of Ramadan. It is sparing no efforts so guests can enjoy the rituals of their iftar in comfort and convenience.
This is the second year they are working together with well-known caterer, Segi Seri, putting in a lot of time and effort into preparations for the fasting month, to ensure guests get the very best.
Like last year, it will be held at the open air Event Lawn of Setia City Convention Centre where diners will be able to sample the best of traditional dishes specially prepared by the chefs of Segi Seri.
Dine under the transparent canopy with the stars and moon over you and for the young ones who are not fasting, there will be inflatable bouncers to keep them occupied.
In line with its tagline, “Berbuka Sambil Beramal”, part of the proceeds this year will be going to a local charity organisation — the National Cancer Council or MAKNA.
MAKNA aims to pool and utilise all efforts, expertise and finance of all sectors of the society, to fight cancer and reduce related pain, morbidity and the suffering that cancer patients undergo.
MAKNA will also be having an information counter at the foyer during this Ramadan promotion, whereby guests who wish to donate can do so.
Throughout Ramadan, guests can enjoy a lavish iftar spread which will appeal even to the most discerning diner.
At Setia City Convention Centre, you will be able to try the all-time favourite, grilled lamb marinated with spices and herbs.
Grilled to perfection, it will be served with piping hot Nasi Hujan Panas as well as Daging Masak Hitam Manis and Kuzi Kambing, a variety of “ulam” and different types of spicy sambal.
The Ramadan buffet will be priced at RM78++ per person.
Those who book before July 7, will get a 15 per cent discount.
And one person gets to dine free with a group of 10 paying guests.
The promotion is from July 7 to 25, 6.30pm to 10pm.
For reservations, call 03-3359 5252.

Bufet Ramadan: Felda D’Saji Sasar Jualan RM2.2 Juta

Publication: Milenia Online
Article Link

SYARIKAT katering Felda D’Saji Sdn Bhd, anak syarikat Felda dan Koperasi Permodalan Felda menyasarkan hasil jualan sebanyak RM2.2 juta bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda serta Restoran Felda Villa tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zaki Abdullah berkata, tahun lepas kedua-dua venue yang masing-masing menawarkan harga RM85 dan RM69 seorang itu mencatat hasil jualan sebanyak RM1.7 juta.

“Untuk tahun ini, kita menawarkan lebih 111 menu yang akan disediakan 40 chef dengan menu istimewa termasuk makanan Arab, masakan kampung dan pelbagai lagi juadah tradisi Melayu dan antarabangsa,” katanya kepada pemberita pada majlis prebiu bufet Ramadan di Restoran Felda Villa di Kuala Lumpur pada Isnin, 26 Mei.

Beliau berkata, pihaknya juga menjangkakan kehadiran lebih 30,000 tetamu berbanding 26,000 tahun lepas bagi kedua-dua venue.

Lebih menarik, tahun ini Felda D’Saji akan bekerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi memberi peluang kepada setiap tetamu menyumbang untuk aktiviti kebajikan kepada pesakit kanser, katanya.

“Kami akan mendermakan RM1 bagi pihak tetamu kami kepada Tabung MAKNA dengan jumlah sasaran minimum sumbangan sebanyak RM25,000,” katanya. – Bernama

Martial Arts Workout Body Combat Workout Session for Charity

Publication : NTV 7 News Edition
Article Link

More than one thousand 900 people participated in an energetic martial arts workout, known as Body Combat, in Kuala Lumpur Convention Centre this morning.

The event earned a spot in the Malaysia Book of Record for the highest number of participants in a workout session.

The two and a half hour session was organised by Sports Competition Outdoor Recreation Expo, SCORE FitMob.

The event also served as a platform for charity as participants’ fees were donated to National Cancer Council Malaysia, MAKNA.

Wacoal, NST lancar Kempen Pink Ribbon

Publication: Berita Harian (Online)
Article Link

Bahaya kanser payudara

Kempen bertujuan memberi kesedaran terhadap bahaya penyakit kanser payudara yang menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita di seluruh dunia.
Ratu Cantik Malaysia 2013, Melinder Kaur Bhullar selaku Duta Pink Ribbon tahun ini, turut membuat penampilan pada kempen berkenaan.
Pada majlis itu, penganjur dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menyediakan gerai yang memberi pendedahan mengenai cara pemeriksaan payudara sendiri dan mengukur payudara, klinik bergerak MAKNA untuk ujian mamogram serta pendedahan mengenai pemilihan pakaian dalam yang sesuai kepada pesakit selepas menjalani pembedahan membuang payudara.
Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan NST, Abd Rashid Yusof; Pengarah Eksekutif Wacoal Malaysia, Takashi Watanabe; Pengarah Wacoal Malaysia, Vincent Leong dan Timbalan Pengurus Besar MAKNA, Vemanna Appannah.

Bantu wanita

Sementara itu, Takashi berkata, kempen itu seiring dengan prinsip asas syarikat berkenaan bagi memberi sumbangan kepada masyarakat dengan membantu wanita dalam aspek kecantikan.
“Penyakit kanser payudara boleh dirawat jika tanda kanser dapat dikesan lebih awal. Oleh itu, kami menitikberatkan kepentingan pemeriksaan payudara,” katanya.
Beliau juga berkata, kerjasama strategik antara NST dan Wacoal Malaysia membantu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit itu.
Dalam pada itu, pesakit kanser payudara, Shahida Mat Saad, 37, dari Pantai Dalam di sini, berkata dia dikesan menghidap penyakit itu kira-kira lima tahun lalu yang ketika itu sudah berada pada tahap ketiga.
“Selepas menjalani rawatan membuang keseluruhan payudara di sebelah kanan, penyakit itu sudah pulih sepenuhnya,” katanya.

Softlan tingkat kesedaran kanser payudara

Publication: Kosmo
Article link

UMUM mengetahui kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di negara ini.

Justeru, kempen-kempen kesedaran mengenai penyakit itu penting dalam memberi maklumat untuk melakukan pemeriksaan payudara, sekali gus mengurangkan risiko menghidapinya.

Jenama pelembut fabrik terkenal, Softlan juga tidak terkecuali memainkan peranan dalam memupuk kesedaran ramai mengenai perkara itu menerusi penganjuran kempen amal kanser payudara Softlan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.

Bertemakan Because Caring Counts, kempen amal ini bertujuan mengumpulkan sejuta ikrar dan sumbangan RM100,000 sebagai tanda sokongan kepada promosi kesedaran terhadap kepentingan pemeriksaan awal kanser payudara.

Setiap sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada beberapa organisasi terlibat seperti Majlis Kanser Nasional, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia bagi menyokong inisiatif menggalakkan pemeriksaan awal mengesan penyakit berkenaan.

Pengurus Besar Colgate-Palmolive Malaysia, Singapura dan Brunei, John Hazlin berkata, kempen itu memberi tumpuan terhadap menyatukan kepentingan sokongan, sikap mengambil berat dan perkongsian pengalaman dalam menyebarkan kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Pada masa yang sama, katanya, ia turut menggalakkan kaum wanita daripada segenap usia untuk melakukan pemeriksaan sama ada secara sendiri atau berjumpa doktor.

“Sejak dari dahulu sehingga sekarang, wanita memainkan peranan penting dalam masyarakat. Sumbangan mereka tidak ternilai dalam sektor pekerjaan, kekeluargaan, pendidikan tanpa sempadan dan sebagainya.

“Justeru, melalui kempen ini kami berharap masyarakat lebih prihatin terhadap permasalahan ini dan sentiasa menyokong golongan wanita yang melalui ujian pengesanan atau rawatan kanser payudara,” katanya pada majlis pelancaran kempen berkenaan di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Video khas

Selari dengan kempen itu, jelas Hazlin, Softlan turut memperkenalkan sebuah video khas yang memaparkan kesan penyakit itu terhadap individu, keluarga dan sahabat handai.

“Ia secara tidak langsung membuka peluang kepada mereka untuk berkongsi kasih sayang, sokongan dan kata-kata semangat kepada wanita-wanita paling penting dalam kehidupan setiap individu,” ujarnya.

Untuk membantu menggalakkan pengumpulan ikrar, Softlan mengetengahkan beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan orang ramai bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen amal ini.

Antaranya, membuat pembelian mana-mana pek Softlan sepanjang bulan Oktober dan November ini, mengunjungi laman Facebook Softlan, www.facebook.com/SoftlanBCC, menonton video dan berkongsi video tersebut dengan rakan-rakan ataupun memuat naik gambar.

Selain itu, sokongan ikrar juga boleh dilakukan melalui ‘Tweet’ mesej kempen di laman Twitter, #SoftlanBCC dan menandakan infografik mengenai teknik pemeriksaan sendiri di laman Pinterest.

“Softlan ingin menyebarkan mesej tentang keprihatinan melalui pengumpulan ikrar tersebut. Kami ingin membuktikan bagaimana satu tindakan berkongsi yang mudah mampu sampai kepada jutaan orang, justeru, menyelamatkan jutaan nyawa,” katanya.

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Publication: Budiey.com
Article link

Kempen Because Caring Counts Softlan kumpulkan sejuta ‘pledge’. Softlan bakal menyumbangkan RM100,000 kepada rakan kongsi amalnya dengan tema, video dan laman online kempen yang diperbaharui

Jenama pelembut fabrik #1 Malaysia*, Softlan telah melancarkan Kempen Amal Kanser Payudara tahunannya di Giant USJ, Subang Jaya hari ini. Kempen amal yang telah dijalankan selama lima tahun berturut-turut ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu usaha mengumpul sejuta ‘plege’ dan RM100,000 bagi menggalakkan kesedaran terhadap pengesanan awal kanser payudara, sempena dengan Bulan Kanser Payudara Sedunia Oktober ini.

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Tema kempen ‘Because Caring Counts’ yang diperbaharui menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai isu-isu seperti pengesanan awal, simptom, faktor-faktor risiko dan tabiat yang sihat bagi membantu mencegah kanser payudara. Berasaskan konsep keprihatinan, kempen ‘Because Caring Counts’ memberi tumpuan khusus terhadap menyatukan kepentingan sokongan, sikap mengambil berat serta pengalaman dalam menyebarkan kepentingan pengesanan awal kanser payudara. Kempen tersebut turut menggalakkan kaum wanita daripada segenap usia untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara dan berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kanser payudara serta mamogram.
En. John Hazlin, Pengurus Besar, Colgate-Palmolive Malaysia, Singapura, dan Brunei berkata:

“Sejak dari dahulu sehingga sekarang, wanita memainkan peranan penting dalam komuniti rakyat Malaysia. Sumbangan mereka kepada tenaga kerja, bidang seni dan sains, serta unit keluarga dan pendidikan tidak mengenal sempadan – dan kita perlu sentiasa memberi sokongan kepada mereka. Menerusi kempen Amal Kanser Payudara Softlan, kami berharap dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk kita sentiasa prihatin dan berada di sisi wanita-wanita dalam hidup kita yang melalui ujian pengesanan atau rawatan kanser payudara.”

Selari dengan tema yang baru, ‘Because Caring Counts’, Softlan turut memperkenalkan sebuah video infografik yang memaparkan kesan kaser payudara terhadap individu, keluarga dan sahabat handai, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Video tersebut menggalakkan orang ramai untuk sebulat suara dalam melindungi dan memaklumkan insan-insan tersayang dengan menyebarkan maklumat mengenai kesedaran dan impak kanser payudara.

Melalui kempen ini, Softlan membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan kasih sayang, sokongan dan kata-kata semangat kepada wanita-wanita paling penting dalam mereka – ibu, isteri, anak perempuan, kakak dan kawan rapat.

Tonjolkan keprihatinan anda melalui ‘pledge’. Bagi setiap ‘pledge’ yang dilakukan mulai 1 Oktober hingga 30 November 2013 akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

‘Pledge’ boleh dikumpul dengan mudah menerusi pembelian mana-mana pek Softlan yang terdapat di pasaran sepanjang bulan Oktober dan November.

Bagi menggalakkan kutipan ‘pledge’, Softlan turut menawarkan cara mudah yang penuh bermakna bagi menyenangkan orang ramai menyumbang ‘pledge’ iaitu melalui laman Facebook Softlan (www.facebook.com/SoftlanBCC). Sumbangan ‘pledge’ boleh dibuat hanya dengan menonton video, kongsikan video tersebut dengan rakan-rakan anda ataupun memuat naik gambar. Setiap cara yang berikut dikira sebagai satu ‘pledge’.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyatakan sokongan mereka melalui sumbangan ‘pledge’ melalui: 1) ‘Tweet’ mesej kempen di laman Twitter dengan #SoftlanBCC, 2) ‘Pinkan’ infografik tentang teknik pemeriksaan sendiri di laman Pinterest.

“Softlan ingin menyebarkan mesej tentang keprihatinan melalui pengumpulan ‘pledge’ tersebut. Setiap ‘pledge’ menggabungkan dan memberi tanda bahawa sejuta tanda kasih sayang dan budi yang baik telah menyentuh sanubari orang lain. Kami ingin membuktikan bagaimana satu tindakan berkongsi yang mudah mampu sampai kepada jutaan orang, justeru, menyelamatkan jutaan nyawa. Oleh yang demikian, kami menggesa orang ramai untuk turut serta dan berkongsi pesanan penting ini dengan setiap individu di sekeliling mereka.”

Yusof Mohammed Aris, Pengurus Kanan MAKNA berkata:

“MAKNA kini sedang merancang untuk meluaskan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergeraknya ke pantai timur menjelang tahun 2014, dan melalui projek-projek seperti Softlan – ‘Because Caring Counts’ dapat meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung kepentingan pengesanan awal kanser payudara. Setiap sen yang disumbangakan menjadi talian penyambung untuk mendekati mereka yang amat memerlukan sokongan.”

Mengulas tentang inisiatif NCSM, Cik Clare Ratnasingham, Naib Presiden dan Pengarah Projek persatuan tersebut berkata:

“Sumbangan daripada Kempen Kanser Payudara Softlan 2013 akan membantu membiayai program-program pendidikan kanser payudara NCSM serta membiayai pemeriksaan mamogram percuma bagi golongan wanita yang kurang berkemampuan.”

Prof. Madya Dr. Zaharah Aiyub, President BCWA, turut berkongsi bagaimana sumbangan tersebut dapat membantu inisiatif BCWA:

“Sumbangan daripada Kempen ‘Because Caring Counts’ Softlan akan digunakan untuk beberapa aktiviti BCWA seperti program MURNI (Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara) yang menjalankan pemeriksaan kanser payudara secara klinikal dan mengajar pemeriksaan kanser payudara kepada kaum wanita, pendidikan dan latihan tentang pengesanan awal kanser payudara kepada orang ramai. Sumbangan tersebut akan turut digunakan untuk memberi maklumat, sokongan social, nasihat serta kaunseling kepada pesakit kanser payudara dan keluarga mereka melalui pasukan sokongan pesakit kami.”

Sepanjang bulan Oktober, Softlan dan rakan-rakan kongsi amalnya akan membawakan pameran bergerak mereka ke tujuh (7) lokasi di pasaraya utama seluruh Semenanjung Malaysia, di mana pemeriksaan payudara secara percuma, kaunter maklumat pemeriksaan sendiri payudara dan stesen-stesen sumbangan ‘pledge’ disediakan.

Orang ramai dipelawa untuk menghadiri pemeriksaan payudara percuma dan mempelajari tentang pemeriksaan sendiri payudara anda daripada para doktor dan jururawat terlatih pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

Lokasi dan Tarikh Pameran Bergerak

  • Giant USJ, Subang Jaya 4 – 6 Oktober
  • Giant Stadium, Shah Alam 4 – 6 Oktober
  • Giant Bayan Baru (Penang) 4 – 6 Oktober
  • Aeon Tebrau City (JB) 25 – 27 Oktober
  • Aeon Bandaraya Malaka 25 – 27 Oktober
  • AEON Big Mid Valley 25 – 27 Oktober
  • AEON Big Wangsa Maju 25 – 27 Oktober

Jenama Pelembut Fabrik #1 Malaysia* – berdasarkan nilai% Nielsen YTD Ogos 2013

10094479935_52f6932563_c 10094503616_b28ee95543_c 10094436974_b8785ee6e9_o 10094437404_62fc6c2dc8_z

 

Mengenai Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd.

Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produk pengguna yang menyentuh kehidupan jutaan pengguna setiap hari. Jenama-jenama yang dikendalikan oleh Colgate di Malaysia, khususnya Colgate, Palmolive, Protex, Softlan, Ajax, Glo & Axion adalah antara nama jenama paling dikenali di negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Colgate-Palmolive, sila layari http://www.colgate.com.my.