Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Nutrition & Cancer Makna Logo
About Makna

Suriyawati Bte Sufarman

Setiap insan ingin menikmati hidup yang sempurna dan dijauhi daripada sebarang penyakit. Hal ini juga turut diimpikan oleh Suriyawati bt. Sufarman. Tetapi panas yang disangkakan sampai ke petang rupanya hujan di tengahari apabila pada tahun 2003 beliau disahkan menghidap penyakit Acute Promyelocytic Leukemia (APML). Saya sempat melawat Suriyawati yang berumur 25 tahun dan berikut adalah kisah lawatan tersebut.

Saya bersama rakan berpeluang melawat salah seorang sukarelawan MAKNA Suriyawati berumur 25 tahun yang juga merupakan pesakit kanser. Sebaik tiba pesakit kelihatan gembira dengan kehadiran kami dan keadaan kesihatannya juga agak baik. Jelas terpancar di mata dan raut wajahnya yang beliau berada dalam keadaan sihat ditemani oleh ibu tercinta. Kerahmahan serta gelak ketawa membuat kami lupa seketika bahawa kami sebenarnya sedang berada dirumah seorang pesakit kanser.


Suriyati menerima baju Volunteer dari Pengurus MAKNA En Vem

Namun siapa sangka disebalik kecerian itu tersimpan satu peristiwa sedih di awal masa kansernya dikesan. Pada ketika itu bermacam perasaan menimpa sehingga beliau merasakan bahawa hidupnya tidak lagi bermakna. Kenapa perkara ini berlaku kepadanya dan apakah kesalahan beliau sehingga perlu diuji dengan penyakit yang mungkin membawa maut dan ketika belaiu baru ingin mengenal hidup? Mungkinkah beliau akan menjadi beban kepada kedua ibu bapa serta keluarga tercinta?. Ini di antara soalan yang bermain difikiran. Tetapi jangkaan beliau meleset sama sekali kerana sebagi ibu-bapa kasih sayang mereka tidak berubah walaupun dalam keadaan sakit, malah bertambah lagi. Selepas itu menurutnya barulah beliau dapat menerima kenyataan dan sedar bahawa semua ini adalah ujian dan beliau perlu menguatkan diri untuk terus hidup.

Setakat ini beliau telah selesai menjalani rawatan kimoterapi sebanyak tiga protokol. Suryawati juga telah melakukan pemindahan tulang sum-sum pada Julai 2007 di Hospital Ampang serta melakukan ujian pengambilan air tulang belakang setiap tiga bulan di Hospital Ampang. Beliau merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Diploma Pembangunan Manusia. Akibat penyakit yang dihadapi, beliau terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun iaitu pada tahun ke dua untuk mengikuti rawatan yang diperlukan.


Suriyawati bersama badut McDonalds dan MamaGie, Koordinator Sukarelawan MAKNA

Semasa lawatan kami Suriyawati didapati begitu tabah dalam mengharungi rintangan kehidupannya sebagai seorang pesakit kanser dan tidak menunjukkan reaksi berputus asa. Juga beliau tidak menjadikan penyakitnya sebagai alasan untuk beliau berjaya dalam hidup. Sepanjang menjalani rawatan di wad beliau mampu berdikari dan tidak perlu ditemani oleh sesiapa. Suriyawati ditanggung oleh abangnya yang hanya bekerja sementara di Litar Sepang dengan purata pendapatan sebanyak RM350 sebulan. Bapanya tidak berupaya untuk bekerja kerana mempunyai penyakit stroke dan sudah uzur (69 tahun). Suryawati turut dihadiahkan (secara pinjaman) dengan sebuah komputer bagi memudahkan pelajaran, supaya beliau dapat membuat kertas kerja kolej beliau. Dalam keadaan kurang pendapatan, pemberian komputer telah banyak membantu beliau dalam pelajarannya.

Sebagai seorang pesakit kanser, Suriyawati kini cuba membantu pesakit lain melalui pengalaman beliau dengan menjadi sukarelawan MAKNA. Beliau jyga Suryawati telah tamat pengajiannya dan telah mula bekerja di Restoran McDonalds di lapangan terbang tambang murah LCCT, Sepang sebagai Penolong Pengurus. Jangan lupa bersalam bersama Suryati apabila anda berhenti melawat LCCT atau mengembara ke luar negara.


Suriyawati

Oleh Norazaina
Pelajar Praktikal MAKNA, USM Penang, 12 May – 1 Ogos, 2008


Adm Login | Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links | Contact Us

Copyrights © 2006 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).