Donate Volunteer
Home About Makna Cancer Treatment Research Inspirational Stories Campaign Contact Us Makna Logo
About Makna
Archive
2010
2009
2008
2007
2006
2005
2004
2003
2002
2000
--------------------------------------

23 March 2005
Kempen Satu Sen Kutip RM400,000

Kuala Lumpur: Kira-kira RM400,000 berjaya dikumpul menerusi 'Kempen Satu Sen' Majlis Kanser Nasional (Makna) yang membabitkan 700 sekolah rendah dan 1,700 sekolah menengah di seluruh negara.

Presiden Makna, Datuk Mohd Farid Ariffin, berkata selepas kempen itu dilancarkan pada 2002, sebanyak RM220,000 berjaya dikumpul oleh murid sekolah rendah manakala tahun lalu RM180,000 diperoleh menerusi kempen di sekolah menengah.

Beliau tidak menafikan kempen itu mendapat sambutan pelajar dan murid selain mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran dan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Badi sesetengah individu wang satu sen mungkin tiada nilainya dan mungkin tidak dipedulikan sangat kewujudannya. Ada pula yang sanggup membuangnya begitu saja.

"Tetapi bagi kami wang satu sen bernilai dan berharga. Dengan duit itulah kami dapat membantu pesakit kanser mendapatkan rawatan lebih sempurna," katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan Malaysian National Reinsurance Berhad (MNRB), di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Eksekutif yang juga Pegarah Urusan MNRB, Anuar Mohd Hassan.

Mohd Farid berkata, kempen itu bukan saja bertujuan mengumpul dana untuk membiayai kos rawatan pesakit kanser tetapi untuk menjalankan penyelidikan serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit berkenaan.


 

 

Calender of Events | Makna in News | FAQs | Tell-a-Friend | Photo Gallery | Links

Copyrights © 2003 by Majlis Kanser Nasional (MAKNA).