Oksigen dan kanser

Publication: Utusan Online
Article Link

Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan Majlis Kanser Nasional (Makna), 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan enam juta daripadanya mati akibat kanser di seluruh dunia.

Di Malaysia, 45,000 rakyat dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana tiga dari empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Kanser ialah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.
Pengarah Urusan FG Team Venture, Mohd Norazri Hamzah memberitahu, FG MOBILE dan FG NEB

Oxygen Concentrator merupakan mesin oksigen yang unik dengan empat fungsi dalam satu mesin. Ia menghasilkan oksigen tulen melebihi 90 peratus dan fungsi-fungsi lain yang lebih praktikal untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit.

“Kaedah penghasilan oksigen tulen tanpa isian semula dengan menyedut oksigen tulen di persekitaran semula jadi yang hanya 20 hingga 21 peratus kemudian ditapis menggunakan teknologi sistem penapisan udara yang berteknologi Jerman iaitu penapis HEPA, dimampat dan ditingkatkan kepada lebih 90 peratus ketulenan.

“Ia berperanan membantu menambahkan kepekatan oksigen didalam darah bagi memastikan sel mendapat bekalan oksigen sebagai nutrisi yang cukup seterusnya menggalakkan pertumbuhan sel secara normal bagi mengelak sel normal bertukar menjadi sel kanser,” jelasnya.
Selain bertindak sebagai mesin oksigen, ia juga bertindak menapis kotoran di dalam udara seperti habuk, asap, debunga, bahan-bahan terampai lain yang membawa kesan buruk kepada kesihatan malah

ia mampu menapis dan membunuh virus dan bakteria.
“Pengguna mesin oksigen kami mendapat kesan penyembuhan yang maksimum, lebih praktikal dan menjimatkan,” katanya.
Tambah beliau, ia mudah digunakan dan boleh digunakan di mana-mana sahaja seperti di pasaraya, ditempat-tempat rekreasi, dipejabat, didalam kereta dan di rumah.

Manfaat oksigen dalam kesihatan
Manfaat oksigen di dalam sudut kesihatan lain tidak kurang pentingnya kerana ia dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak dan pelbagai penyakit yang lain. Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan metabolisma tubuh, mencairkan darah serta menstabilkan tekanan darah. Oksigen juga berperanan membantu untuk memperkuatkan jantung dan sistem pertahanan tubuh, mencegah stres dan berfungsi sebagai anti penuaan, merawat luka besar, luka terbakar dan sesuai untuk ibu mengandung.
FG MOBILE juga sesuai untuk mereka yang sedang belajar, atlet sukan, golongan professional dan mereka yang bekerja diruangan terhad dan tertutup. Pihaknya berharap mesin oksigen dapat dijadikan alat bantuan kecemasan di rumah sebelum mendapatkan rawatan 
di hospital.

Kanser rahim mudah dikesan

Publication: My Metro
Article Link

Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil selepas lima tahun berkahwin.

Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsi iaitu pengambilan tisu rahim.
Memang benar seperti yang dijangka kerana terdapat sel kanser pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan. Mujur Amelia segera ke hospital kerana kanser masih berada pada tahap awal, jadi rawatan hanya menerusi ubat-ubatan dan bukannya pembedahan pembuangan rahim.

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.
Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya.
Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.

Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.

“Ramai mengambil mudah kerana menyangka ia darah haid. Sebab itu ada yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser merebak ke tahap empat. Sekiranya darah keluar semula selepas menopaus, sepatutnya mereka membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan sama ada ia penyakit serius atau tidak,” katanya.

Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim.
“Namun, ada juga bertanya saya mengenai haid yang tidak menentu. Ia bukanlah faktor utama sebaliknya golongan ini berisiko mendapat kanser rahim,” katanya.
Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah ovulasi (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada ovulasi yang tetap pada setiap bulan. Selain itu, peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
“Sindrom ovari polisistik tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti demam atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur me¬ngalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS,” katanya.

PCOS boleh dihidapi sesiapa saja, namun kekerapan berlaku lebih kerap kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang turut berisiko mendapat kanser rahim. Namun, faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti daripada ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. Mereka juga mempunyai bulu berlebihan di kawasan tertentu disebabkan ketidakseimbangan hormon ini.

“Wanita yang mengalaminya juga akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti namun ada juga yang terlalu kurus berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius perlu mendapatkan rawatan segera bagi memastikan ia tiada kaitan dengan penyakit lain,” katanya.

Rawatan kanser rahim
Rawatan untuk kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Untuk kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.
“Keadaan ini berbeza bagi mereka yang membuat pemeriksaan awal terutama wanita di bawah 30 tahun kerana pembedahan tidak perlu dilakukan. Kadar penyembuhan juga lebih cepat,” katanya.
Jelasnya, pembuangan rahim juga tidak mendatangkan kesan terutama kepada pesakit yang sudah menopaus. Namun bagi wanita yang masih muda mereka mungkin mengalami kesan perubahan hormon disebabkan menopaus seperti sering tertekan, cepat marah, menjadi lebih beremosi dan sukar mengawal perasaan.

“Bagi mereka yang merasakan perubahan begitu ketara sebelum dan selepas pembuangan rahim, sebaiknya mereka segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ada ubat yang mampu meredakannya,” ujarnya.

Proses penyembuhan juga bergantung sejauh mana pesakit mampu menerima kenyataan atas apa yang diberikan. Pemikiran yang positif dan menerima kenyataan akan menjadikan mereka lebih kuat. Dalam hal ini, orang sekeliling terutama keluarga harus memberikan sokongan supaya pesakit tidak berasa keseorangan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah reda dengan ketentuan Tuhan dan menerima dengan hati terbuka. Mereka harus sedar kanser yang diberikan ini bukanlah satu musibah sebaliknya anugerah bagi membolehkan pesakit mendekatkan diri dengan Allah.

“Jika berasa keseorangan, babitkan diri dalam aktiviti bersama rakan yang mengalami nasib yang sama agar mereka saling memberi sokongan. Banyak badan bukan kerajaan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan pelbagai aktiviti untuk pesakit kanser seperti terapi seni dan kaunseling yang mampu memberikan semangat untuk mengharungi kehidupan. Waktu yang dilalui seharusnya diisi bersama keluarga supaya mereka dapat berasa betapa bermaknanya waktu yang ada ini,” katanya.

Affordable cancer treatment for the poor

Publication: MJN E-News
Article Link

CANCER is a disease that takes not only a physical toll on the patient but also their finances because of the cost of treatment and medication.

There are numerous non-governmental organisations in the country, many of which are headquartered in the Klang Valley, dedicated to helping cancer patients from poor families with these expenses.
Among them is National Cancer Society of Malaysia (NCSM), established in 1989.
NCSM president and medical director Dr Saunthari Somasundaram said the first charitable cancer treatment centre in Klang Valley had received more than 40,000 patients since it started operations
“The centre was the brainchild of founder Datuk Dr S.K. Dharmalingam, whose vision was to make treatment available to cancer patients at affordable rates.

“We aimed to offer affordable cancer treatment to patients to ease their burden,” said Dr Saunthari.
She said the organisation first began as a means to support Kuala Lumpur Hospital in treating its overwhelming large number of cancer patients.

“The centre provided timely treatment for those who needed it,” she said, adding that the alternative was private hospitals, which many patients could not afford.
Dr Saunthari said NCSM had teamed up with Tung Shin Hospital to run the centre so that it had convenient access to medical equipment.

“We would utilise the hospital’s pharmacy, wards and X-ray services,” she said.
“NCSM trained the centre’s staff and the private doctors were under our payroll.
“The charges for radiotherapy treatment were 50% to 70% lower than private medical centres.
“We were able to subsidise the treatment through the generosity of the public in donations,” she said.
Radiotherapy uses radiation to kill cancer cells and shrink tumours, while chemotheraphy uses drugs to kill the tumour and the surrounding cells.
Dr Saunthari said the NCSM centre in Tung Shin Hospital, however, ceased operations in October when its tenancy agreement ended following a six-month notice from the latter.
“The hospital is continuing with the cancer treatment services under its management,” she said.
When asked if NCSM would be opening a similar centre at a different location, she said they would have to look into the cost of setting up a new centre.

“The place has to be safe for radiotherapy and other treatments.
“If we do set up a new centre, it will be where the community needs it the most and it will be outside the city centre because there are already 12 centres offering radiotherapy in Kuala Lumpur,” she elaborated.
Dr Saunthari said NCSM was still focused on providing the best possible care and support to those affected by cancer through its other cancer centres — the Cancer and Health Screening Centre, Nuclear Medicine Centre, Resource and Wellness Centre, and the Children’s Home of Hope in Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur — as well as their branches in Penang, Ipoh, Seremban, Malacca, Johor Baru and Kuching.

Its Cancer and Health Screening clinic provides services including digital mammography, ultrasound, pap smear, bone density tests and supportive services such as counselling, breast prosthesis fittings and teaching of breast self-examination.
The NCSM Nuclear Medicine Centre is a centre for patients to undergo nuclear medicine imaging, which assists in providing diagnosis on cancer spread in organs and bones before initiating surgery, radiotherapy or chemotherapy.
Also aiding cancer patients who cannot afford the required treatments is Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre-Makna Cancer Centre (UKMMC-MMC), a collaborative effort between National Cancer Council Malaysia (Makna) and UKM Medical Centre.
Makna communication head Lionel Lim explained that the cancer treatment centre, set up in 1999, was one of the largest in the country, comprising the Tengku Ampuan Afzan Oncology Ward, a radiotherapy unit, research facilities and a stem cell transplant unit.

“It enables even the poorest patients access to the best treatment facilities,” he said.
He said specialists at the centre were under the purview of UKMMC while its support staff including staff nurses, counsellors, ward aides and assistants were under Makna’s supervision.
“The support staff are paid a salary by Makna,” he explained.

Makna covers a number of areas involving patients’ treatment including transportation expenses, providing monthly financial assistance to poor patients, special chemotherapy drugs, and special equipment needed by patients.
“We allocate RM100,000 a year to purchase non-formulary drugs for patient’s use at the ward.
“The amount allocated annually for other purposes is RM10mil, which is to cover all patients helped by Makna seeking treatment at government hospitals nationwide,” he added.

Lim said whatever treatment fees paid by patients was pumped back into the centre’s operations and services.
“We also rely on individual and corporate donations to run the centre.
“In addition, we raise funds through our yearly projects such as the Makna Founders Night Run and Klimb for Kanser,” he said.
An NGO focused on the battle against breast cancer is the Pride Foundation. While it does not offer clinical treatment, it has set up a Pride Clinical Breast Examination (CBE) Clinic at its office in Section 5, Petaling Jaya.
“There are two types of routine screening for all women to detect breast cancer early — Breast Self-Examination (BSE) and Clinical Breast Examination (CBE).

“We realised that many women do not like to undergo mammograms.
“So at our clinic, experienced nurses will conduct free CBE, which is a first-level detection point, where they will examine the breasts and will tell whether a more detailed screening such as mammography, ultrasound or CT scan is needed,” said Pride chief executive officer Kamarul Aznam Kamarozaman.

He said the foundation relied on donations from the public and corporations to continue providing this service as well as other programmes such as awareness and empowerment programmes that were organised regularly.
“Our Pride Patient Fund (PPF) provides financial assistance to breast cancer patients with a monthly income of less than RM3,000, to help them pay for their treatment, medication and personal needs.
“There are two types of PPR payments, which are staggered monthly payment (RM500 per month for six months) and one lump sum payment (RM500 one-off).

“With the escalating medical cost these days, we realise that RM3,000 may not be enough to cover their entire medical cost, but it does help elevate some of the financial burden the patient experiences,” he said.
On how patients are selected for PPF, Kamarul said: “In addition to direct applications, we also receive many applications from breast cancer support groups nationwide as well as from referrals by breast cancer surgeons and doctors from all over the country.”

Perkim UniKL beri semangat baharu kepada pesakit

Publication: Utusan Online
Article Link

WAHAI umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57)

Kebajikan merupakan suatu perbuatan yang akan membawa kebaikan dan pertolongan di antara sesama Muslim. Setiap individu berusaha dan berlumba-lumba melakukan amalan soleh dan kebajikan serta menyegerakan berbuat sesuatu tanpa ditangguh-tangguh.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bersama Kelab Perkim Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkesempatan menziarahi 100 pesakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Jalan Yaacob Latib, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada hari tersebut juga, Perkim Kebangsaan bersama 30 ahli Kelab Perkim UniKL menghulurkan buah tangan kepada pesakit sambil bertanya khabar.

Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi PPUKM, Prof. Madya Dr. Zamari Sapuan dalam ucapan aluannya berkata, program khidmat masyarakat itu secara tidak langsung memberi perangsang dan semangat positif kepada pesakit meneruzi aktiviti ziarah dan penyampaian buah tangan.

Jelas Dr. Zamari lagi terdapat empat wad di Jabatan Ortopedik iaitu wad tulang belakang dan sakit puan serta majoriti pesakit ditempatkan di situ mengalami kemalangan.
Rombongan ziarah telah diketuai Pegawai Dakwah dan Inovasi Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Yang DiPertua Kelab Perkim UniKL, Abdul Rahim Mohamed serta dibantu Pegawai Perhubungan Awam PPUKM, Norhayati Md Raji.

Muhammad Farhan berkata, program ziarah itu bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan bantuan serta ia merupakan program berkala yang dilakukan di setiap hospital kerajaan dan swasta.

Mesej prihatin
“Mereka yang mengalami penyakit kronik perlu dikuatkan jiwa dan emosinya agar dapat dibina semula keyakinan diri mereka, meskipun diduga dengan masalah kesihatan.
“Kata-kata perangsang dan simpati merupakan suatu terapi yang boleh meringankan beban pesakit. tanpa berbekalkan semangat yang kuat, sudah pasti pesakit ini tidak mampu untuk mengharungi penyakit yang dihidapi itu,” jelas Muhammad Farhan.
Malah usaha ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim, tetapi mengeratkan perpaduan tidak mengira agama, bangsa atau warna kulit.

Sekali gus mesej prihatin ini dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya amalan dan budaya menziarahi pesakit ini. Di samping melawat pesakit di Wad Spinal dan Wad Perempuan, rombongan turut mengunjungi pesakit yang menghidap kanser di Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan yang dikelolakan bersama Institut Kanser Majlis Kanser Nasional (Makna) IKM – PPUKM. Wad tersebut memberi kemudahan yang komprehensif untuk pesakit kanser terutama yang kurang bernasib baik atau mereka yang kurang berkemampuan.

IKM-PPUKM sahaja yang merawat pesakit yang dirujuk oleh doktor-doktor kerajaan atau swasta dan kos pembayaran rawatan yang ditanggung oleh pesakit bergantung kepada kemampuan pesakit atau keluarga sama ada percuma, bayaran nominal atau bayaran penuh.

Rombongan juga dibawa melawat ke beberapa tempat di dalam PPUKM iaitu sudut informasi dan perkhidmatan kesihatan, farmasi satelit pediatrik, lobi pelawat dan klinik pesakit luar.
Mereka juga berharap kerjasama yang terjalin di antara PPUKM dengan Perkim akan terus dilakukan untuk memberi sokongan berterusan dan berharap agar Perkim dapat mendedahkan aktivitinya melalui pameran untuk maklumat umum.