Gaya hidup punca kanser payudara


Habiba (duduk, tengah) bersama peserta dari Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Persatuan Ibu Tunggal Mas merah Wilayah Persekutuan dan Selangor

SEREMBAN – Faktor gaya hidup dan pemakanan menjadi punca ramai wanita menghidap kanser payudara.

Fasilitator Program Majlis Kanser Nasional (Makna), Habiba Abd Rahman berkata, wanita yang mengamalkan pemakanan tidak sihat dan merokok mudah mendapat kanser payudara.

“Wanita yang tidak mementingkan kesihatan dengan memakan makanan berlemak dan kurang bersenam mudah mendapat kanser
“Mereka yang sering kali stres dengan kehidupan juga penyumbang kepada penyakit kanser kerana stres akan mempengaruhi hormon yang memudahkan pelbagai penyakit datang,” katanya.

Menurutnya, kurang kesedaran terhadap pemeriksaan payudara sendiri juga menyebabkan ramai wanita tidak menyedari mereka penghidap kanser payudara.

“Kanser boleh diubati sekiranya kita dapat mengesannya pada peringkat awal dan sebab itu pentingnya untuk kita melakukan pemeriksaan payudara sendiri
“Jika kita malu untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, kita boleh melakukannya di rumah dengan mengikut kaedah yang betul. Sebaiknya, buang perasaan malu itu dan buat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kempen ‘Kekal Aktif, Hidup Sihat, Sayangi Payudara Anda’ di Kilang Yakult, di sini, semalam.
Pada program berkenaan, seramai 50 ibu tunggal dari Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Persatuan Ibu Tunggal Mas merah Wilayah Persekutuan dan Selangor hadir menyertai aktiviti kesihatan yang dianjurkan Yakult.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Zumba, ceramah kesihatan payudara oleh Makna dan pemeriksaan kesihatan dan payudara.

AIRASIA BERJAYA KUMPULKAN RM120,945.64 UNTUK MAJLIS KANSER NASIONAL | CAMPAIGN #AIRASIAMAKNA

Pada 18th October, Iday and Islam menghadiri majlis penyerahan cek antara AirAsia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang bertempat di Fahrenheit88. AirAsia berjaya mengumpulkan RM120 945.64 melalui kempen amal mereka iaitu #AirAsiaMAKNA yang berlangsung selama 5 bulan.

Banyak kan dana terkumpul semasa kempen #AirAsiaMakna? Tahniah AirAsia :)

Kalau nak tahu, dana yang terkumpul ni menerusi kempen #AirAsiaMAKNA di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA.

“Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami.
Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan” – Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad

Sebenarnya memang betul, Iday baru je dengar talk tentang breast cancer. Kebanyakan mereka yang menghidap kanser memerlukan support bukan dari segi kewangan tapi dari segi moral.

MAKNA pula ditubuhkan dengan tujuan mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.

Menurut Aireen Omar lagi, MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka.

Sepanjang kempen ini, AirAsia telah mengadakan 1 instagram contest dimana, sesiapa yang membeli Baju edisi-T #AirAsiaMAKNA hendaklah memuat naik gambar kreatif dengan memakai baju edisi-T tersebut dengan hashtag #AirAsiaMakna berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke Maldives atau Sapporo! Gila kentang! :)

RM120,945.64 Tanda Sokongan Air Asia Terhadap Kempen Kesedaran Kanser #AirAsiaMAKNA


Bagikan :
RM120,945.64 Tanda Sokongan Air Asia Terhadap Kempen Kesedaran Kanser #AirAsiaMAKNA |AirAsia menyokong inisiatif kesedaran kanser di negara menerusi kempen #AirAsiaMAKNA

AirAsia menyerahkan cek berjumlah RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional, dana terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA yang berlansung selama 5 bulan di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menyerahkan dana terkumpul menerusi kempen ini kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA di majlis penyerahan cek pada 18 Oktober 2015 di Fahrenheit 88, penaja lokasi acara ini.

Selebriti tempatan juga turut hadir menyokong kempen #AirAsiaMAKNA serta bertemu pesakit kanser, bekas pengidap kanser dan keluarga mereka yang telah bermanfaat dari inisiatif-inisiatif MAKNA.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami. Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan”.

“MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka” tambah beliau.

Sebagai sebahagian dari kempen #AirAsiaMAKNA, syarikat penerbangan tersebut menganjurkan peraduan Instagram di mana orang ramai yang telah mendapatkan baju T boleh memuat naik gambar kreatif memakai baju T rekaan krew penerbangan dan juruterbang, dan hashtag #AirAsiaMAKNA dan boleh memenangi sepasang tiket penerbangan ke Maldives atau Sapporo!

Peraduan ini telah menyaksikan lebih dari 750 penyertaan dan dua pemenang bertuah dipilih oleh Aireen Omar dan diumumkan semasa majlis hari ini juga. Pemenang-pemenang adalah @shaarin dan @suzanekassim. Hadiah untuk mereka ialah tiket penerbangan ke Maldives dan Sapporo.. bertuahnyaaaa…!!

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kempen ini bukan sahaja untuk mengumpul dana, tetapi juga memberi kesedaran. Ini membolehkan MAKNA bertemu lebih ramai orang dan menyebarkan informasi yang diperlukan yang juga penting. Lebih banyak kita berbicara mengenai kanser, lebih ramai akan memahami dan mengambil tindakan dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan kempen ini, AirAsia bukan sahaja menunjukkan kesedaran sosial, tetapi juga terus dengan semangat serba boleh dan inovatif. MAKNA berbesar hati menerima penyertaan AirAsia dalam misi ini.”

MAKNA ditubuhkan dengan tujuan mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.

AirAsia komited membawa perubahan terhadap perkara ini dan telah turut berkerjasama dengan Media Prima Berhad bagi menyokong kempen Travelling Beruang; yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kanser di kalangan kanak-kanak di .Malaysia. ‘Travelling Beruang’ menjelajah ke seluruh dunia menjadi mata dan telinga bagi kanak-kanak yang mengidap kanser yang tidak boleh melancong. Patung beruang comel ‘Travelling Beruang’ ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, dan kempen ini telah mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.

Kepada yang belum membeli t-shirt boleh mendapatkannya dari Majlis Kanser Nasional. Air Asia tak jual dah. Klik kat link MAKNA yang aku bagi tu.

Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.