3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga
RM29.90
Dengan setiap pembelian buku, RM5 akan didermakan kepada MAKNA.
Sila guna code #MAKNA_3C10M semasa checkout.
Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila ahli keluarga beliau disahkan menghidap tiga jenis kanser dalam sepuluh bulan. Buku ini dapat membantu anda melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka.
Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami berdasarkan pengalaman peribadi dan penyelidikan yang dilakukan. Beliau berkongsi perkara yang dipelajari dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit yang sangat ditakuti ini dengan berjaya.
Satu coretan dari buku itu :
Di suatu malam aku solat di ruang tamu menangis memohon berita yang mudah untuk kami harungi. Aku teresak-esak sehingga tidak mampu berkata-kata. Betapa tidak sanggup menghadapi tekanan mental dan memikirkan semua cabaran yang terpaksa kutempuhi. Aku tidak dapat tidur di sebelah isteri kerana menggeletar apabila memikirkan suatu hari nanti akan bangun keseorangan di katil yang sama. Keadaan menjadi lebih teruk apabila aku lebih banyak termenung memikirkan hal yang tak sepatutnya.
Ulasan daripada Nisha Sanita Bt Mohd Norha (SRN), MAKNA :
Penulis mengekspresikan keseluruhan watak dengan penuh rasa, jiwa dan ragadan diterjemahkan dengan cemerlang dalam bentuk penulisan. Garapan cerita yang halus dan cerdik supaya penceritaan dan mesej akan disampaikan dengan mudah kepada pembaca. Informasi yang dikongsi menjadi pedoman kepada masyarakat dalam melalui liku sebagai pesakit kanser atau yang menjadi penjaga kepada pesakit kanser.
Tahniah kepada penulis kerana berkongsi ilmu dan idea untuk menjadi penyemai semangat berjuang untuk pesakit kanser. Suka saya mengambil kepada petikan nya yang terakhir “Setiap kanser beragam jenis dengan karakter berbeza beza. Begitu juga perjalanan dan destinasi yang akan ditempuhi oleh pesakit dan penjaga mereka. Manusia berubat bukan untuk hidup selamanya tetapi untuk menjadi sihat selagi nyawa dikandung badan”.
Soft Cover (Paperback), 8″x5″ (208 pages)
ISBN: 978-967-15014-0-5
BELI 3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga

Contact Us
MAKNA (Majlis Kanser Nasional) or National Cancer Council
BG 03A & 05, Ground Floor, Megan Ambassy
No. 225, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone
+603 - 2162 9178
Fax
+603 - 2162 9203
makna@makna.org.my
MAKNA Cancer Helpline (Toll Free)
1-800-88-62562